DR ZULKFLI SERAH RM100,000 HASIL LELONG ROLEX KEPADA PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023


Alhamdulillah, bekas Menteri Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulikifli Mohamad Al-Bakri telah menyampaikan amanah RM100,000 hasil bidaan jam Rolex miliknya kepada Dr. Jaber Hassan, Setiausaha Agung Islamic Charity Center Society (ICCS). Wang tersebut akan disalurkan terus ke Gaza, sebagaimana hasrat beliau.

Malaysia sentiasa dekat di hati Dr Jaber kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya satu ketika dahulu.

ICSS adalah sebuah pertubuhan NGO yang besar di Amman, dan sudah sekian lama melaksanakan aktiviti kebajikan khusus kepada rakyat Palestin. ICSS juga memiliki sebuah hospital yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk merawat pelarian Palestin di Amman, Jordan.

Dr. Jaber turut memaklumkan beberapa maklumat terbaharu terus daripada Gaza kepada Dr Zulkifli. Beliau turut meminta rakyat Malaysia teruskan berdoa dan menghulurkan bantuan melalui pelbagai saluran yang tersedia.

Baki RM35,000 juga telah selesai Dr Zulkifli sampaikan melalui transaksi dalam talian kepada 8 buah NGO terpilih seperti yang beliau nyatakan tempohari, untuk disampaikan ke Gaza.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Dr Zulkifli dan Dr Jaber dalam keredhaan dan ketaatan kepada-Nya.

"Terima kasih Muslim Care Malaysia Society yang berperanan sebagai perantara bagi pertemuan ini," kata Dr Zulkifli.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia