DOKTOR TURUT SERTAI MISI BANTUAN PALESTIN MCM (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 December, 2024

Peserta Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin Muslim Care Malaysia (MCM) seramai 15 orang berlepas ke Kaherah, Mesir pada 9 November 2024.

Presiden MCM yang juga ketua misi Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata, selain Kaherah, peserta misi dijadual turut berkunjung ke Amman, Jordan dan Damsyik, Syria.

Beliau berkata, peserta misi selama lapan hari itu membabitkan pelbagai latar belakang termasuk mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Albakri yang juga Penasihat MCM.

“Selain itu, turut bersama dalam misi ini ialah tiga doktor perubatan dari Klinik Syifa’ serta golongan profesional termasuk ahli akademik dan perbankan,” katanya.

Menurutnya, turut berkolaborasi bersama MCM untuk misi ini ialah Lestari Pembangunan Ummah Malaysia (Lestari Ummah), Surau Almuhsinin Petronas, Klinik Syifa’ 24 Jam dan Pertubuhan Maktabah Albakri.

“Fokus utama misi ialah menghantar barangan untuk kegunaan musim di Gaza seperti khemah, baju sejuk, stoking, kasut, lampin pakai buang dan ubat-ubatan,” katanya.

Tuan Haji Zulkifli berkata, keseluruhan kos barangan terbabit ialah RM560,000 dan sumbangan orang ramai masih diperlukan untuk program bantuan seterusnya.

Ingat sedekah jariah ingat Muslim Care Malaysia. Bantuan kemanusiaan merentasi sempadan. Tepat pada sasaran, tepat pada masanya.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia