DOAKAN KESEMBUHAN USTAZ DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 December, 2022

Alhamdulillah, setelah lapan hari selesai menjalani pembedahan, keadaan Ust Dr Riduan Mohamad Nor sudah semakin baik berbanding sebelum ini.
Namun begitu, beliau masih muntah-muntah dengan teruk dan belum mampu untuk membuang air besar seperti biasa.

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ

Maksudnya : Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima. Membalas salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, hadir jemputan dan mendoakan orang yang bersin.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Muslim Care Malaysia Society (MCM) menyeru kepada semua untuk sama-sama mendoakn kebaikan dan kesembuhan buat Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor.
Ustaz sangat selalu bersama-sama dalam gerak kerja dakwah dan kemasyarakatan bersama MCM sejak awal penubuhan lagi. Malah antara yang giat mencari dana sumbangan untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan 

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia