DERITA BERTALI ARUS MANGSA BOM KIMIA TENTERA SYRIA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 January, 2023
Tiga daripada anaknya menjadi mangsa ledakan bom kimia tentera Syria di kampung halaman mereka di Alepo, Syria pada Ramadan 2015.
Akibatnya, mereka mengalami kesengsaraan kekal sehingga kini apabila rambut gugur, kulit menggelupas, selain mengalami kerosakan pada hati dan buah pinggang.
Akibatnya, mereka mengalami kesengsaraan kekal sehingga kini apabila rambut gugur, kulit menggelupas, selain mengalami kerosakan pada hati dan buah pinggang.
Derita terus berpanjangan apabila Ahmad mengalami kemalangan jalan raya, menyebabkan lelaki berusia 43 tahun itu hilang upaya untuk mwnyempurnakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Sepanjang lapan tahun berkelana meneruskan kehidupan selaku pelarian di Tripoli, utara Lubnan, hidup Ahmad bersama isteri dan lima anak berusia lima hingga 16 tahun penuh disulami derita.
Mereka pernah tinggal di bawah kolong bangunan, menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan serta beberapa kali dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa. Selain itu, Ahmad dan tiga anaknya yang sakit hanya mampu menahan kesakitan kerana mereka tidak pernah mendapatkan rawatan kerana ketiadaan wang.
"Semua kesusahan itu menyebabkan saya berasa diri saya ibarat sudah mati, bukan sekali tapi banyak kali.
"Tapi saya tak pernah berputus asa terhadap rahmat Allah. Setiap malam saya mengajak anak dan isteri sama-sama membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa.
"Dan hari ini anda semua datang membantu kami. Nyata, perancangan Allah amat hebat. Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia," kata Ahmad.
Keluarga Ahmad antara penerima sumbangan pek makanan bernilai RM250 menerusi program misi kemanusian Bantuan Musim Sejuk Muslim Care Malaysia (MCM) untuk pelarian Syria dan Palestin di Lubnan. Mereka turut diberi bantuan tambahan wang tunai sebanyak RM450.
Ayuh sama-sama menyumbang kepada saudara kita di Syria melalui pautan ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan dibalas dengan seribu kebaikan buat saudara sekalian.
Amin.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve