DELEGASI MUSLIM CARE MALAYSIA & OPS IHSAN BERLEPAS KE ACEH UNTUK MISI BANTUAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 December, 2025
Prihatin terhadap kesusahan penduduk Aceh yang dilanda banjir lumpur luar biasa baru-baru ini, Muslim Care Malaysia (MCM) & OPS IHSAN segera menghantar bantuan ke sana.
Delegasi membabitkan 15 peserta itu berlepas ke Aceh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5 petang 9 Disember 2025.
Delegasi diketuai Bendahari Agung MCM, Ustaz Ahmad Shukri Ismail. Turut serta, Penasihat MCM, Profesor Dr Mohd Mizan Aslam; Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar dan Ahli Lembaga Pengarah, Tuan Asri Tuan Hussein.
Turut berkolaborasi bersama MCM dalam misi ini ialah empat sukarelawan NGO Harmoni Prihatin Malaysia (HPM), seorang dari Muslim Volunteer Malaysia (MVM), seorang doktor dari Kumpulan Klinik Syifaq 24 Jam dan dua petugas media dari TV Alhijrah.
Lokasi tumpuan bantuan ialah di kawasan Aceh Utara iaitu kira-kira 7 jam perjalanan dari Banda Aceh dan misi dijadualkan berakhir pada 14 Disember 2025.
Sebahagian besar wilayah Aceh dan beberapa
lokasi di Pulau Sumatera, Indonesia dilanda banjir lumpur luar biasa pada 26 November 2025 dengan jumlah kematian sudah melebihi 1,000 orang dan ratusan masih hilang.
Hulurkan sumbangan anda kepada mangsa banjir lumpur di Aceh ke akaun Maybank 564490413882.
Muslim Care Malaysia. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran,