DELEGASI MISI DAKWAH JEPUN KUNJUNGI KEDUTAAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2023

Delegasi Muslim Care Malaysia Society (MCM) dalam Misi Dakwah Jepun melakukan kunjungan hormat ke pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo pada 16 Oktober 2023.

Delegasi seramai sembilan orang yang diketuai Naib Presiden MCM, Muhd Khidir Izaidin itu disambut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Jepun, Tuan Anwar Uzir.

Hadir sama, pegawai kanan kedutaan iaitu Radzween Abdul Razak (Minister Counsellor), Md Jeffry Joe Meyer (First Secretary Information And Public Relation) dan Mohammad Nor Ismail (Pengarah Malaysia Tourism Promotion Board Jepun).

Tuan Anwar melahirkan rasa gembira dan memuji MCM kerana menjalinkan hubungan dengan pihak kedutaan.

"Amat penting untuk pihak kedutaan mengetahui apa saja aktiviti rakyat Malaysia termasuk NGO bagi memastikan ia selari dengan peraturan kerajaan Jepun dan tidak merosakkan nama baik Malaysia," katanya.

Sebelum itu, Muhd Khidir menerangkan latar belakang MCM dan aktiviti dijalankan di Jepun yang memfokuskan program dakwah terutama kerjasama dalam pembinaan masjid.

Setakat ini, MCM menyumbang dana dalam pembinaan empat masjid iaitu di Toyama pada 2014, Chiba (2016), Kyoto (2020 dan Nishikasai, Tokyo (2022).

Delegasi Misi Dakwah Jepun MCM melakukan pelbagai aktiviti Osaka, Kyoto dan Tokyo dari 11 hingga 16 Oktober 2023.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia