DEKLARASI BEIJING BINA ASAS KERAJAAN PERPADUAN PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2024

Kumpulan-kumpulan di Palestin telah menandatangani perjanjian "perpaduan negara" yang bertujuan untuk mengekalkan kawalan Palestin ke atas Gaza sebaik sahaja perang ke atas wilayah itu berakhir.

Perjanjian itu, dimuktamadkan pada hari Selasa, 23 Julai 2024 di China selepas tiga hari rundingan intensif, meletakkan asas bagi "kerajaan perdamaian nasional sementara" untuk memerintah Gaza selepas perang, kata Menteri Luar China Wang Yi. Perjanjian itu ditandatangani oleh seteru jangka panjang Hamas dan Fatah, serta 12 kumpulan Palestin yang lain.

sumber : Al Jazeera 2024

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia