DATUK BANDAR MONTALBAN PUJI INISIATIF MCM BINA MASJID DI MANDALUYONG
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2026
Delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) ke Manila berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar, Montalban, Rizal, Ronnie S Evangelista di pejabatnya pada 7 Ogos 2026.
Biarpun bukan beragama Islam, Ronnie amat cakna dengan umat Islam yang tinggal di dalam wilayah pentadbirannya yang jumlah mereka sekitar 30,000 orang.
Untuk menjaga kebajikan orang Islam di Montalban yang kebanyakannya berhijrah ke situ dari wilayah Mindanao di selatan Filipina, Ronnie menubuhkan Pejabat Hal Ehwal Orang Islam (Office Of The Muslim Affairs).
“Satu kebimbangan saya mengenai orang Islam di Montalban ialah mereka tidak ada sumber pendapatan yang stabil.
“Mereka berhijrah ke sini untuk mencipta kehidupan yang lebih baik tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Ramai daripada mereka tiada pekerjaan dan tinggal hanya dalam pondok buruk di kawasan penempatan haram,” kata belas pegawai tinggi tentera itu yang pernah berkhidmat di Mindanao.
Justeru, Ronnie memuji usaha MCM untuk membina sebuah masjid di Mandaluyong dan berharap ia mampu memberi kehidupan lebih baik kepada orang Islam yang tinggal di situ,
Di akhir pertemuan, Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan yang mengetuai lawatan menghadiahkan cenderamata kepada Ronnie sebagai tanda ingatan.