DATANGLAH JUMPA KAMI, KATA MUFTI KEMBOJA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 September, 2024

Perlu ada hubungan di antara NGO Islam terutama dari Malaysia dengan Pejabat Mufti Kemboja bagi memastikan program kebajikan dan dakwah yang dilakukan memcapai objektifnya.

Itu harapan Mufti Kemboja Sahibus Samahah Oknha Haji Kamaruddin Yusof ketika pertemuan dengan pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) di Phnom Penh pada 2 September 2024.

“Kami gembira sekali kalau orang Islam dari Malaysia terutama NGO yang membuat pelbagai program kebajikan dan dakwah di Kemboja datang berjumpa kami.

“Dengan cara itu kami dapat tahu apa yang mereka buat dan memberi nasihat serta pandangan,” kata beliau.

Haji Kamaruddin berkata, antara perancangan beliau ialah membina empat madrasah induk di lokasi strategik di negeri yamg dikenal pasti supaya tiada anak orang Islam yang keciciran dalam pendidikan Islam.

Sementara itu, Haji Zulkifli pula berkongsi maklumat mengenai sejarah, latar belakang MCM serta aktiviti dilakukan di Kemboja serta menzahirkan ucapan terima kasih atas layanan mesra kepada pasukan MCM.

Selain Haji Zulkifli, pasukan MCM seramai enam orang turut disertai Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar serta Exco Tuan Asri Tuan Hussein.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia