DAKWAH MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY TIBA DI BRAZIL

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan Muslim Care Malaysia Society (MCM) terus melebarkan sempadan dakwahnya sehingga ke negara Brazil dan seterusnya ke negara-negara lain di Amerika Latin.
Wakil Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah selamat berada di Brazil sedang berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan daripada beberapa pihak di sana bagi menjayakan misi dakwah di bumi Brazil.
Dianggarkan jumlah penduduk Islam di sini mencecah hampir dua juta orang namun peluang untuk mendapatkan ilmu Islam agak terhad dan sukar. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan sekolah berteraskan Islam di sana.
Buat masa ini, MCM berkolobrasi dengan Masjid Al Khalifah di Brazil dan telah berjaya mengadakan aktiviti dakwah MCM yang pertama di sana baru-baru ini.
Allah SWT berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik
(Surah Al-Nahl: 125)
Mohon doa dari semua semoga dakwah di Brazil lebih berkembang pesat.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia