DAGING SEJUK BEKU KORBAN DISEDEKAH KEPADA PENDUDUK GAZA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 September, 2023
Kali terakhir mereka di Palestin memakan daging ialah 3 bulan lalu. Ketika musim korban Aidiladha.
Hari ini, selepas 3 bulan akhirnya mereka dapat lagi menikmati juadah daging hasil korban Frozen yang Tuan/Puan lakukan.
Alhamdulillah, bahagia rasanya melihat wajah tersenyum mereka ketika menerima agihan daging korban.
Diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
(Hadith Riwayat al-Tirmizi)
Terima kasih kepada semua yang melakukan ibadah Qurban Frozen bersama Muslim Care Malaysia.
Semoga Allah menerimanya sebagai satu ibadah dan dirahmati Allah selalu.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.