CIANJUR KEMBALI DIGEGAR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
31 January, 2023
24 Januari baru-baru ini, Cianjur, Jawa Barat diuji lagi dengan gempa bumi berskala richer 4.4 magnitud.
Selain beberapa bangunan dikhabarkan ada yang retak dan runtuh, emosi rakyat di sana turut terganggu. Terutamanya di kalangan anak-anak yang belum bersedia untuk diuji berkali-kali.
Bagi merawat emosi dan semangat anak-anak di sana, Muslim Care Malaysia (MCM) akan menerbangkan Upin & Ipin, watak animasi terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ke Cianjur, Jawa Barat Indonesia. Beberapa aktiviti telah dirangka dan diatur dalam usaha merawat emosi anak-anak di sana.
Jangan tak tahu, Upin & Ipin sememangnya sangat terkenal di sana. Ramai peminat cilik di sana menanti-nanti bila agaknya Upin & Ipin bisa hadir ke sana.
Besar harapan kami semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak akan merawat resah di hati mereka.
Dengan itu, kami ingin mengajak Tuan/Puan untuk sama-sama menyumbang melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan, digantikan dengan syurga yang indah buat Tuan/Puan sekalian.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia