CERAMAH PALESTIN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023

Meriah sambutan di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah dalam ceramah Palestin pada hari Ahad, 5 November 2023.

Tuan Mohd Johari Ismail , Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) berkongsi pengalaman beliau ketika di Mesir baru-baru ini.

Seluruh dunia berkumpul di Mesir untuk menghantar bantuan ke Gaza, namun sedihnya hati apabila jalan ke Gaza disekat.

Tidak dibenarkan sesiapa pun masuk.

Bilangan treler yang menghantar bantuan juga terhad jumlah yang dibenarkan masuk walaupun beratus treler menanti masa untuk melintas.

Bukan itu sahaja, bahkan setiap kontena yang dibenarkan masuk ke Gaza akan digeledah dan dibuang sebahagian bantuan yang kita mahu bawa masuk.

Hasbunallah hi wanikmal wakeel..

Hanya kepada Allah kita berharap.

Palestin pasti akan merdeka.

Kepada yang berhajat untuk menderma kepada Palestin boleh berbuat demikian melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia