CERAMAH ISU PALESTIN DI MAAHAD AL-ANSARI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 April, 2026

Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung program ceramah kesedaran Palestin bersama para pelajar di Maahad Islamiah Al-Ansari, Bestari Jaya.

Perkongsian yang menyentuh hati ini membuka mata dan jiwa para pelajar tentang realiti yang sedang dihadapi oleh saudara kita di Palestin tentang ujian, ketabahan, dan erti sebenar perjuangan.

Lebih bermakna, program turut diserikan dengan penyerahan sumbangan laptop kepada pihak maahad sebagai usaha menyokong pembelajaran dan kemudahan pendidikan para pelajar.

Semoga sedikit usaha ini menjadi asbab lahirnya generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, tetapi juga peka terhadap ummah.

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan para penyumbang yang sentiasa menyokong.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia