(BULETIN TV3) MUSIM SEJUK MELAMPAU TERUS ANCAM PELARIAN PALESTIN DAN SYRIA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 January, 2023

KUALA LUMPUR: Derita hidup puluhan ribu pelarian Palestin dan Syria di Lubnan semakin mencengkam susulan musim sejuk melampau yang melanda negara berkenaan ketika ini.
Krisis kemanusiaan yang berlarutan berpuluh tahun lamanya itu menjentik hati pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) yang segera menghulurkan bantuan kecemasan bagi menyelamatkan saudara seagama di sana.
Presiden MCM, Zulkifli Wahijan berkata, pihak terpanggil untuk segera melakukan misi kemanusiaan bagi menyampaikan bantuan segera musim sejuk Palestin kepada 5,000 keluarga di sana.
Beliau berkata, pihak MCM bersama rakan kolaborasi, Ustaz Yassir Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al Mannar Malaysia (Al Mannar) kini dalam perjalanan menuju ke kem Sabra dan Shatila dihuni pelarian terbabit.

“Kem ini pernah menjadi medan pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin oleh rejim Zionis Israel 40 tahun lalu.
“Misi Bantuan Musim Sejuk untuk pelarian Palestin dan Syria di Lubnan ini dijangka mengambil masa 10 hari bermula hari in“Selain Sabra dan Shatila yang terletak di Beirut, sumbangan baju sejuk, selimut dan diesel turut akan diagihkan kepada pelarian Syria yang bermukim di kem Arsal di Labweh, Lubnan,” katanya.

Zulkifli berkata, pelarian yang berada di kem serba kekurangan itu berdepan ancaman kematian setiap kali musim sejuk dengan suhu boleh mencapai di bawah paras beku.
“Rata-rata pelarian Islam terbabit yang kekurangan pakaian musim sejuk turut tidak mampu untuk memiliki pemanas udara untuk rumah didiami.
“Rakyat Malaysia yang mahu menyumbang kepada saudara kita di Lubnan boleh melakukannya melalui pautan https://muslimcaremalaysiasociety.com/…/tabung-bantuan atau disalurkan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882, BANK ISLAM 14014010147470 atau BANK RAKYAT 1101744599.

“Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi dengan menghubungi talian HOTLINE MCM +60 11 5005 0035,” katanya.

Baca lanjut berita ini di sini
BULETIN TV3

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia