BUAIAN BAHARU UNTUK ANAK-ANAK MADRASAH AL-FARABI, KEMBOJA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 December, 2024

"Kami kesian ke anak-anak di sini, tiada taman untuk bermain", sayu suara cikgu Fadhilah menyampaikan isi hatinya.

Sejak hari pertama dana untuk pembinaan buaian baharu khas kepada anak-anak yang bersekolah di Madrasah Al-Farabi diterima, cikgu-cikgu nampak gembira dan syukur.

Setiap kali ada progress baharu tentang pembinaan buaian ini, pasti akan dihantar gambar. Anak-anak madrasah juga ternyata tidak sabar untuk bermain dengan buaian. Bahkan ada yang sanggup tunggu dan membantu mahu melihat buaian dibina siap dengan cantik.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Muslim Care Malaysia yang telah menambahkan seri dalam proses pembesaran mereka.

Pastinya dengan adanya buaian ini, akan menambahkan semangat anak-anak untuk selalu datang belajar.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia