BRAZIL NEGARA SAMBA KINI DISINARI CAHAYA ISLAM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 July, 2023
Brazil, sebuah negara di Benua Latin yang sinonim dengan tarian Samba kini, semakin disinari cahaya Islam.
Menurut Tuan Hj Zulkifli Wahijan, pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) pada masa ini anak orang Islam di bandar itu terpaksa belajar di sekolah Kristian menyebabkan mereka tidak mendapat pendidikan Islam sewajarnya menyebabkan sekolah Islam amat diperlukan.
Jumlah umat Islam yang semakin meningkat saban hari membuatkan keperluan kepada Sekolah Islam untuk ditubuhkan di sana.
Muslim Care Malaysia (MCM) akan mengusahakan sebuah sekolah Islam di Florianopolis, Brazil dengan kelengkapan penuh seperti meja, kerusi, komputer riba dan mesin pencetak.
"Bangunan yang sama juga akan dijadikan Pusat Islam untuk membolehkan orang Islam di sini melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam termasuk solat berjemaah, kelas pengajian al-Quran dan sebagainya," kata pengerusi MCM.
Bangunan Pusat Islam dan Sekolah Antarabangsa MCM Brazil itu berharga kira-kira RM13.5 juta dan diwakafkan kepada MCM oleh Syeikh Mahmud Hussein, seorang ahli perniagaan Palestin yang sudah lama menetap di Brazil. Sebanyak RM100, 000 diperlukan bagi menjayakan operasi fasa 1 sekolah ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahui." (Surah Ali Imran :92)
Marilah bersama-sama kita bantu menyebarluaskan lagi dakwah Islam di benua Latin melalui pautan ini
Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang yang budiman. Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia