BOT JENAZAH DI SANDAKAN MULA BEROPERASI
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 January, 2024
Kehidupan di Sabah yang kebanyakkannya berada di hujung daerah dan dibatasi sungai menyebabkan pergerakan mereka agak terbatas.
Antara kesukaran yang dialami kebanyakan penduduk di sana ialah ketika menguruskan jenazah.
Alhamdulillah, berkat usaha dakwah yang dijalankan Muslim Care Malaysia di bumi Sabah telah memudahkan urusan pengebumian jenazah dengan adanya Bot Jenazah baharu.
Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلَا تَحْبِسُوهُ ، وَأَسْرِعُوا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ
Maksudnya: Apabila matinya salah seorang dari kamu maka janganlah kalian mengurungnya (melewatkan pengebumiannya) dan segerakanlah membawanya ke kuburnya.
(Riwayat al-Baihaqi)
Proses membawa jenazah dari seberang sungai ke atas darat semalam, 19 Disember 2023 dapat dilakukan dengan lebih cepat dan teratur.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.