BOT JENAZAH, BERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 January, 2023

"Biar betul bawa jenazah dengan bot? Bukankah itu lebih menyusahkan?" antara sindiran sinis setelah mendapat khabar Muslim Care Malaysia (MCM) menyumbangkan Bot Jenazah kepada penduduk di perkampungan air, Sabah.
Realitinya, inilah kenderaan rasmi mereka sejak dinihari lagi. Bukan sahaja jenazah, bahkan orang sakit, tenat, wanita yang ingin bersalin juga terpaksa cuba bertahan sementara menanti bot persendirian dari mana-mana pihak singgah ke kampung mereka sebelum boleh mereka menumpang untuk pergi ke hospital.
Kesusahan yang sudah pasti takkan tercapai dek akal kita sehinggalah kita sendiri sampai ke sana.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain”
(Hadith Riwayat Ibn Hibban)
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terus-terusan percayakan kami dan selalu menyumbang melalui Muslim Care Malaysia untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia