BILA ALAM MENGUJI, KASIH MANUSIA MENJADI PELINDUNG

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 May, 2025

Hujan yang tidak berhenti membanjiri lorong-lorong kecil di Kampung Bunut dan Kampung Pantongan, Sabah. Dalam keadaan yang penuh tekanan dan menggugat ketenangan, penduduk hanya mampu bertahan dengan penuh kesabaran.

Dalam detik mencabar ini, Muslim Care Malaysia (MCM) bersama Sabah Relief, dengan sokongan padu daripada Yayasan Hasanah serta GLC/GLIC Demi Rakyat & Negara (GDRN) telah menghulurkan bantuan melalui Majlis Serahan Bantuan Pasca Banjir kepada komuniti yang terjejas.

Sebanyak 245 keluarga telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan merangkumi 123 keluarga di Kampung Bunut dan 122 keluarga di Kampung Pantongan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Setiap keluarga menerima pek makanan asas yang mengandungi barangan keperluan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, susu dan biskut. Makanan ialah bekalan penting bagi meneruskan kehidupan ketika musim bencana.

Ketika program sedang berlangsung, kedengaran bunyi siren dari corong pembesar suara Surau Al Falah menandakan berlakunya banjir dimana air sedang naik.

“Jangan takut Tuan ini siren amaran banjir bukan ada serangan” ujar Pengerusi Surau,Yahman Tensin

Dalam masa yang sama kami turut melibatkan diri dalam kerja-kerja memindahkan barangan surau antaranya peralatan elektrik, karpet dan beberapa alatan lain yang dikhuatiri musnah sekiranya terendam air banjir.

Sumbangan kali ini bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi simbol keprihatinan dan solidariti serta simpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang dalam tempoh setahun telah ditimpa empat kali banjir.

Dalam sunyi dan derita mereka, hadirnya kita membawa cahaya harapan. Kita bersatu sebagai satu suara — suara kemanusiaan yang melangkaui sempadan dan menyatukan rasa.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia