BERSYUKUR ATAS SUMBANGAN KATIL HOSPITAL
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 March, 2026
Sebelum ini, hanya sofa usang menjadi tempat berehat bagi seorang pesakit yang mengalami mild stroke serta kegagalan buah pinggang tahap 3. Kekurangan ruang dan ketiadaan katil hospital memaksa keluarga menampung keadaan tersebut dengan apa yang ada.
Akibat penggunaan sofa yang tidak sesuai dengan kondisi kesihatan, pesakit turut mengalami luka tekanan (bedsore) yang menambah penderitaan beliau.
Muslim Cara Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk memenuhi permohonan dari keluarga pesakit.
“Alhamdulillah, terima kasih Muslim Care kerana sudi memberikan katil untuk keselesaan suami saya,” ujar Puan Salmah, isteri kepada Encik Wan dengan penuh rasa syukur.
Alhamdulillah, proses penghantaran serta pemindahan pesakit ke katil hospital baharu turut dibantu oleh beberapa orang jiran yang prihatin.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang yang terus menyokong usaha menyediakan peralatan perubatan kepada golongan memerlukan, khususnya mereka yang kurang berkemampuan.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.