BEREBUT-REBUT MINTA AL-QURAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 July, 2023

KEADAAN ketika itu sedikit kecoh dan hingar bingar, tapi ia sesuatu yang menggembirakan buat Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Johari Ismail dan Pegawai Media MCM, Adam Rashidi.

"Ia suasana kecoh yang positif kerana mereka berebut nak dapatkan al-Quran," kata Haji Johari.

Sebanyak 500 naskah al-Quran yang diwakafkan oleh rakyat Malaysia melalui MCM telah disampaikan kepada pelajar di Madrasah Darul Itqan. Odeyale, Ibadan, Nigeria pada 3 Julai 2023.

Hampir kesemua pelajar mendapat naskah al-Quran yang diagihkan, malah masih berbaki dan ia diserahkan kepada Ustaz Ibrahim Aminullah untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
Alhamdulillah, pelajar serta ibu bapa mereka sangat bersyukur di atas sumbangan wakaf tersebut. Moga pahala wakaf sampai dan bermanfaat kepada tangan yang memberi sebagaimana diniatkan.
 
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia