
BELAJAR DALAM DIAM, LAPAR TANPA SUARA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 June, 2025
Alhamdulillah, serahan bakul makanan telah berjaya disampaikan kepada 92 orang pelajar dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 24 Mei 2025.
Dalam diam, mereka belajar. Dalam senyap, mereka menahan lapar.
Tidak meminta dan tidak merungut. Hanya terus berusaha demi masa depan yang lebih baik.
Bantuan Untukmu Siswa ini bukan sekadar makanan.
Ia adalah tanda kasih, bahawa dalam dunia yang semakin bising, masih ada yang mendengar sunyi mereka.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghulur sumbangan dalam misi Untukmu Siswa. Setiap sumbangan anda, menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus bertahan.
"Siapa yang mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan akhirat."
(Hadith Riwayat Muslim)
Teruskan menyantuni anak-anak pemimpin masa hadapan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-untukmu...
Kerana ilmu takkan berkembang jika perut dibiarkan kosong.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.