BANTUAN UNTUK PENGUSAHA PRODUK KUNYIT SUNGAI KOYAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 July, 2024

Mesra kehadiran kami, Muslim Care Malaysia (MCM) disambut oleh pengusaha-pengusaha kunyit di Sungai Koyan, Pahang pada 13 Julai 2024.

Perusahaan kunyit ini telah menjadi projek komuniti di sini hampir 6 tahun lamanya. Penduduk kampung di sini menanam pokok kunyit ini di kawasan tanah masing-masing. Namun, masih lagi tiada lagi pusat pengumpulan untuk menjadikan projek ini lebih dikenali dan pergi lebih jauh.

Antara produk yang berjaya dihasilkan melalui perusahaan ini ialah serbuk kunyit kuning, kapsul kunyit kuning, kapsul kunyit hitam dan crispy daun kunyit.

Insya-Allah Muslim Care Malaysia berbesar hati untuk membantu perusahaan-perusahaan komuniti seperti ini untuk terus berkembang maju seterusnya menjadikan kehidupan komuniti di sini lebih bertambah maju dan baik.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia