BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI AFGHANISTAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2023

Kuala Lumpur: "Ada mangsa tidak sempat lari menyelamatkan diri dan ditanam hidup-hidup di dalam lumpur banjir. Bencana banjir besar yang berlaku turut mengakibatkan beribu kediaman runtuh," ujar Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan.

Menurutnya, kejadian hujan lebat dan banjir besar yang melanda Afghanistan sejak Ahad (23 Julai) lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 31 mangsa serta menyebabkan berpuluh mangsa lain masih hilang.

"Banjir melanda ibu kota Kabul, wilayah Maidan Wardak dan Ghazni di barat Kabul. Bagaimana majoriti mangsa yang terkorban adalah di barat Kabul dan Maidan Wardak.

"Bencana dahsyat terbaru di Afghanistan ini menambahkan lagi krisis kemanusiaan sedia ada selepas negara berkenaan pernah dilanda banjir besar, musim sejuk melampau dan gempa bumi pada Jun tahun lalu," katanya.

"Beratus-ratus rumah penduduk mengalami kerosakan atau musnah. Mangsa yang hilang dipercayai masih berada di bawah runtuhan rumah yang runtuh," katanya.

Menurutnya, melalui maklumat disalurkan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Humanitarian Assistance Society (HAS) Dr Muhammad Haroon Khatibi, banjir besar itu menyebabkan ribuan mangsa kehilangan tempat tinggal selain berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas lain terutama di Jalrez, Chak, Sayedabad, Nirkh dan Jaghatu.

Zulkifli berkata, MCM sudah menyalurkan bantuan awal makanan dan keperluan asas kepada mangsa di negara itu bernilai RM50,000 dan kini berusaha mengumpulkan dana tambahan sebanyak RM200,000," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Muslim Care Malaysia melalui nombor akaun Maybank (564490413882), Bank Islam (14014010147470) atau menghubungi talian 0169978323 (Johari Ismail), 0134886447 (Ahmad Safwan) atau 0192049434 (Zuriati Ya'akob) untuk maklumat lanjut.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia