BANTUAN UNTUK 50 KELUARGA DI KAMPUNG TOK TAMBAK

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
16 March, 2026

Program Kasih Ramadan anjuran Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah diteruskan selepas solat Terawih dengan penyampaian 50 pek makanan kepada keluarga asnaf di Kampung Tok Tambak, Mukim Tunjang, Jitra.

Agihan sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban golongan memerlukan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, di samping menzahirkan rasa kebersamaan dan kepedulian terhadap komuniti setempat.

Muslim Care Malaysia diwakili oleh Ustaz Muaz Hasan selaku Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MCM, yang turut bersama dalam penyampaian sumbangan kepada para penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang budiman atas sokongan dan keprihatinan dalam menjayakan usaha kebajikan ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia