BANTUAN TANPA MENGIRA AGAMA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 September, 2023

Sebak sungguh rasa di hati melihat Puan Santhi mengalirkan air mata ketika kami menghulurkan sumbangan kepadanya.

Ketika kami memperkenalkan diri kami sebagai Muslim Care Malaysia, bertambah teruja beliau mahu bercerita kepada kami.

Katanya, jika anak-anaknya maklumkan kepadanya tiada duit untuk makan, dia selalu cadangkan kepada anaknya untuk pergi ke masjid. Terutamanya jika waktu itu ialah bulan Ramadan.

Tidak sekelumit pun rasa janggal ada dalam dirinya apabila bercerita tentang Islam. Baginya agama Islam ini baik-baik semuanya.

Tidak berkira dan selalu membantu.

Allah SWT berfirman ;

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ 13

Maksudnya : Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

(Al-Hujurat: 13)

Kami bertemu dengannya di Pusat Dialisis Dahlia di Batu Gajah, Perak kerana ketika itu beliau sedang mendapatkan rawatan di situ. Tudka sempat untuk ke rumahnya kerana perlu bergegas ke tempat lain pula.

Muslim Care Malaysia sentiasa berusaha membantu mereka yang memerlukan tidak mengira kaum, bangsa mahupun agama.

Mudah-mudahan sumbangan yang dihulurkan akan meringankan beban kewangan yang diperlukan untuk menampung kos rawatannya.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia