BANTUAN SEMPENA RAMADAN, HILANGKAN RESAH PENDUDUK KAMPUNG
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024
Sebanyak 100 pek makanan termasuklah beras telah diedarkan kepada asnaf di Kampung Padang Chenderai, Kuala Nerang pada 23 Mac 2024,Sabtu lepas.
“Alhamdulillah….terima kasih diatas bantuan. Kami dah lama tak motong apa pun tak dak. Susu kering kemarau ni, hujan pun tak boleh motong” ujar Pak Hashim salah seorang penerima bantuan
Kuala Nerang antara kawasan yang telah mengalami kemarau dan telah hampir 3 bulan tidak dituruni hujan. Suhu mencecah 40°c menyebabkan panas yang luar biasa di sana.
Tanaman turut terjejas termasuk penoreh getah yang kehilangan punca pendapatan apabila tidak dapat menoreh kerana kemarau yang sedang melanda.
Menginjak ke fasa ke-2 Ramadan kini, Muslim Care Malaysia menyeru kepada semua untuk bersama-sama kami membantu lebih ramai mereka di luar sana dengan klik pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-iftar...
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Riwayat Muslim)
Semoga kita semua terpilih untuk bertemu dengan lailatul qadar dalam Ramadan kali ini.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.