BANTUAN RAMADAN DARI MALAYSIA KINI DI GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
16 March, 2026

Inilah sebahagian lori yang membawa barangan bantuan makanan yang dibeli oleh Muslim Care Malaysia Society (MCM) di Kaherah, Mesir, kira-kira dua minggu sebelum Ramadan yang lalu. Semua barangan ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Dana Kasih Ramadan Palestin, yang terus mengalir bagi membantu saudara kita di Gaza.

Ketika ini di Gaza, Saudara Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia–Palestin bersama pasukannya sedang giat menguruskan pembungkusan sekitar 600 pek bantuan makanan untuk diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di beberapa kawasan sekitar Gaza.

Antara barangan yang disediakan termasuk beras, minyak masak serta pelbagai makanan keperluan harian, yang diharapkan dapat membantu meringankan beban rakyat Palestin khususnya dalam menghadapi bulan Ramadan yang penuh ujian.

Program bantuan ini dilaksanakan oleh Muslim Care Malaysia Society (MCM) dengan kerjasama OPS Ihsan dan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyumbang dan tidak pernah melupakan penderitaan saudara kita di Gaza. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membawa keberkatan buat semua.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia