BANTUAN PERANTI UNTUK MAHASISWA HARAPAN NEGARA.
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 February, 2023
Sebanyak 100 buah komputer riba telah diserahkan kepada pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memerlukan hari ini.
Sejumlah RM 324,900 telah dibelanjakan oleh FGV Holdings Berhad (FGV) dan MCM bagi menjayakan majlis hari ini. Majlis usahasama antara MCM dan FGV ini alhamdulillah disambut baik oleh UMP.
Menyedari kemajuan dan peningkatan taraf hidup rakyat di sesebuah negara bermula dengan pendidikan, FGV bersama Muslim Care Malaysia mengambil inisiatif serius membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan bantuan peranti dengan spesifikasi berkualiti dalam usaha meringankan beban golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.
"Bagai aur dan tebing" begitulah kerjasama yang baik antara MCM dan FGV akan diteruskan dalam misi kemasyarakatan lain.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
Dikemaskini pada : 23/2/2023
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve