BANTUAN PAYUNG DIEDAR KEPADA PENDUDUK GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 January, 2025

Tiada hari rehat untuk Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) Palestin, Ahmad Abu Ayesh yang kini sibuk mengagihkan barangan sumbangan rakyat Malaysia yang selamat tiba di Gaza.

Selepas mengagihkan selimut dan kit kebersihan, terbaru Abu Ayesh dan rakan sepasukannya sibuk pula menagihkan payung ketika bumi Gaza diuji dengan hujan lebat diikuti banjir.

Semua barangan itu yang dimuatkan ke dalam tiga kontena termasuk khemah dan lampin pakai buang dengan nilai keseluruhan RM400,000  selamat tiba di Gaza pada 15 Disember 2024.

Ia dihantar dari Kaherah, Mesir menerusi satu delegasi misi bantuan musim sejuk untuk Palestin membabitkan 15 orang pada pertengahan November 2024.






© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia