BANTUAN KEPADA BALU MANGSA PEMANDU MABUK

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2026

Seorang balu bersama tiga anak kecil menerima kunjungan dan bantuan daripada Muslim Care Malaysia Society (MCM) selepas kehilangan ketua keluarga dalam satu tragedi kemalangan melibatkan pemandu mabuk.

Mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, dilaporkan maut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku pada 29 Mac 2026, meninggalkan isteri, Puan Nor Nadia Abdul Majid serta tiga anak mereka Muhammad Aqif Amsyar (9), Muhammad Afif Izz Rayqal (7) dan Nur Humaira (2).

Pihak MCM telah menziarahi keluarga berkenaan dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,850 bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil ALP MCM, Ahmad Safuan Ujar.

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa akaun Maybank milik Puan Nor Nadia kini dalam status pembekuan sementara dan dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia