BANTUAN KECEMASAN OMBAK & RIBUT SANDAKAN, SABAH.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 December, 2022
Dianggarkan lebih daripada 100 buah rumah di Perkampungan atas air telah roboh akibat ombak dan ribut pada Sabtu yang lepas.
Mangsa dan keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga keadaan menjadi lebih tenang.
Muslim Care Malaysia Society (MCM) kerjasama bersama Pertubuhan Khidmat Malaysia telah menyantuni mereka yang terlibat.
Bantuan daripada sokongan moral dan saguhati dihulurkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia, pagi tadi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang dijangka berlaku sehingga 3 Januari 2023.
Diharapkan semua terus berhati-hati dan elakkan daripada sebarang aktiviti di kawasan laut dan pantai.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia