BANTUAN FASA KETIGA UNTUK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2024

Pasukan ketiga Muslim Care Malaysia (MCM) tiba di Kelantan pada 7 Disember 2024 dan terus menuju ke Tumpat. Ketika tiba, air banjir baru sahaja surut dan jelas kelihtan wajah kelesuan penduduk kampung melihat banyak yang perlu dikemas.

Masih terdapat beberapa laluan yang dinaiki air dan ada yang memiliki sampan menggunakan sampan untuk datang menerima bantuan.

Sebanyak 29 set makanan asas, 29 kampit beras, 28 karton air mineral dan 5 set lampin kanak-kanak diedarkan kepada penduduk kampung Kok Kebit, Tumpat.

Pasukan juga sempat singgah di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir dan meletakkan barang bantuan di situ bagi memudahkan proses agihan kepada lebih ramai mangsa banjir.

Sumbangan masih boleh disalurkan dan akan ada siri bantuan keempat minggu ini.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masanya, Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia