BANTUAN BUAT MAHASISWA UM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 October, 2022
Ketika mana datang sekumpulan anak muda merelakan diri untuk menuntut ilmu walau dalam kepayahan, maka bantulah mereka.

Baru-baru ini, Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah menyampaikan sumbangan berbentuk bahan makanan asas kepada 25 orang pelajar terpilih di kalangan pelajar Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Allah berfirman yang bermaksud, ”Tidaklah Aku menciptakan manusia melainkan supaya beribadah kepada-Ku.”
(Surah Adz-Dzariyat: 56)

Apabila disebut perkataan ibadah bukanlah semata-mata berkaitan ibadah khusus seperti solat dan puasa sahaja. Bekerja dan belajar juga termasuk dalam ibadah selagi mana ia tidak bercampur dengan perkara yang dilarang oleh Allah.
Besar harapan kami, semoga dengan bantuan yang diberi dapat meringankan beban kewangan mereka sekaligus membantu mereka untuk lebih fokus kepada pembelajaran.

Terima kasih kepada semua yang prihatin dan bermurah hati untuk sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan masih boleh terus disalurkan melalui transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882
(MAYBANK)



Reference : sumbangan

Semoga lebih ramai anak muda bersedia berjuang di medan ilmu dan menjadi umat yang bermanfaat.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia