BANTUAN AWAL KEPADA 100 KELUARGA MANGSA BANJIR DI KEDAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 September, 2023

Seramai 20 sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang kini melanda beberapa daerah di Kedah.

Antara lokasi disantuni ialah Kampung Iboi, Bukit Iboi, Bendang Becah, Bukit Tinggi dan Kampung Sadek dalam daerah Baling.

Ada sebahagian rumah terutama di tepi sungai di kawasan terbabit dinaiki air sehingga hampir dua meter.

Sebanyak 100 karton air mineral, 100 pek makanan segera, dan 1,800 roti bun diagihkan kepada 100 keluarga di kampung-kampung terbabit pada 28 September 2023.

Banjir mula melanda beberapa daerah di Kedah pada 27 September dan setakat ini hampir 2,000 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara.

Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Sasaran

Tepat Pada Waktunya


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia