BANJIR LANDA KHEMAH PENDUDUK GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 January, 2025

Pasukan Pertahanan Awam Gaza memaklumkan 1,542 rumah dan khemah telah dibanjiri air hujan selepas hujan tanpa henti selama 2 hari ini. Banjir itu naik ada setinggi 30 cm dan menyebabkan ramai rakyat Gaza kesejukan dan kerosakan kepada barangan dan tempat tidur.

Kebanyakan kawasan perkhemahan yang menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza banjir tetapi lebih rendah dari 30 cm.

Pasukan Pertahanan Awam Gaza mengumumkan statistik kerosakan dan khemah yang banjir seperti berikut;

- 242 khemah dibanjiri air di Stadium Yarmouk dan Taman Majlis Perbandaran Gaza

- 185 khemah dibanjiri air dan rosak di Kompleks Al Saraya dan 70 khemah di tempat letak kereta Al Shujaiya

- 170 khemah dibanjiri air di Jalan Al Bahr dan Fash Farsh di Rafah

- 665 khemah dibanjiri air di Penjara Asdaa, Universiti Al Aqsa dan Kejiranan Al Amal di Khan Younis

- 210 khemah dibanjiri air di Wadi Al Salqa, Al Basah di Deir Al Balah

Marilah sama-sama kita terus menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Gaza.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia