BANGUNKAN SENJATA ISRAEL, NGO GESA HENTI MELANCONG KE THAILAND

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 February, 2024

Genap 100 hari pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Zi0nis, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa usaha boikot diperluas.

Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata sudah tiba masanya gerakan boikot ditujukan kepada Thailand selepas menjadi sekutu rapat Israel.

“Negara jiran kita merupakan penyokong kuat kepada I15rael. Mereka hantar pekerja pakar ke I5rae! untuk membantu negara haram itu.

“Mereka juga membangunkan senjata untuk I5rae!. Untuk tujuan apa? Untuk terus membunuh umat Islam P4lestin.

“Sebab itu bukan sahaja boikot produk yang sudah diketahui tetapi tambah lagi. Kita buat satu tindakan serius jangan pergi melancong ke Thailand kerana mereka penyokong !5rael,” katanya.

Kredit : TV Pertiwi

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia