BANGUNAN BARU 2 TINGKAT LENGKAPKAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK MELAYU CHAMPA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 September, 2024

Sebuah bangunan baru dua tingkat mengandungi lapan kelas menjanjikan pendidikan lebih selesa kepada anak-anak Melayu Champa yang mendalami ilmu Islam di Madrasah Al Farabi di Kampung Jor Kaeng, Tboung Khmum Kemboja.

Majlis perasmian bangunan baru itu berlangsung pada 31 Ogos 2024 dan disempurnakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Albakri

Bagunanan baru berharga lebih RM200,000 itu dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia (MCM) dan Cakna 4 Komuniti (C4K) yang ahlinya pekerja Petronas Wilayah Pantai Timur Semenanjung.

Turut hadir di majlis perasmian ialah Timbalan Gabenor Tboung Khmum, Haji Yazali, Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan dan rombongan dari

Surau Al Muhsinin (Petronas) Kuala Lumpur.

Lapan kelas di dalam bangunan baru ini mampu memberi manfaat kepada lebih daripada 200 pelajar baru.

Sebelum ini, hanya ada lima kelas di bangunan lama, menyebabkan pihak madrasah terpaksa menghadkan jumlah pelajar.

Sebelum majlis perasmian, sebanyak 300 pek makanan diagihkan kepada keluarga Muslim di Kampung Jor Kaeng.

Pendidikan adalah jalan keluar dari kemiskinan dan belenggu hidup. Setiap sen yang anda sumbangkan, menyumbang kepada kemajuan generasi masa hadapan Muslim di Kemboja.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang selalu bersama MCM merentasi sempadan menyampaikan bantuan.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia