
BAJU RAYA BERGANTI KAIN KAFAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 April, 2025
Seramai 88 penduduk Gaza syahid pada 30 Mac lalu bersamaan 1 Syawal 1446 H di Gaza. Hampir separuh iaitu 40 orang daripada yang syahid itu adalah kanak-kanak manakala lebih 20 mangsa lagi wanita.
Sejak perang Taufan al-Aqsa meletus bermula 7 Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin terkorban dengan sebahagian besar daripada mereka kanak-kanak dan wanita.
“Pada hari raya ada anak Palestin yang berbalut kain kafan bukannya pakaian hari raya. Pakaian perayaan mereka terkoyak oleh peluru berpandu penjajah,” kongsi Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) Palestin, Ahmed Abu Ayesh menerusi kirman WhatsApp pada pagi 1 Syawal.
Apa lagi yang mampu kita lakukan selain doa dan derma. Sumbanglah bersungguh-sungguh untuk perjuangan Palestin. Jangan biarkan saudara kita di Palestin bersendirian dalam menghadapi ujian yang maha berat ini.