
BAHU UNTUK GAZA DI UIS BERJAYA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025
Podcast Bahu Untuk Gaza yang berlangsung pada 26 Ogos 2025, jam 9 malam di Universiti Islam Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang sangat menggalakkan.
Para pelajar, pensyarah dan masyarakat setempat hadir bersama, mendengar kisah perjuangan dan ketabahan rakyat Gaza yang dikongsikan secara langsung. Suasana penuh emosi ini menguatkan lagi semangat solidariti kita terhadap Palestin.
Bersama moderator Fadzli Aziz serta panelis Ustaz Syed Abdul Kadir dan Presiden MCM, Tuan Hj Zulkifli Wahijan, perkongsian ini membuka mata tentang hakikat sebenar di sebalik tirai berita bagaimana kanak-kanak kehilangan keluarga, masjid hancur menjadi debu, dan setiap hari mereka bangun dengan persoalan “masih ada esok untukku?”.
Teruskan menyumbang agar lebih ramai saudara kita di Gaza mendapat bantuan melalui misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia.
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-bahu-untuk...
Kepada universiti atau kampus lain yang ingin bekerjasama menganjurkan program seumpama ini, pintu kerjasama sentiasa terbuka. Mari kita bersama memperluaskan gelombang kesedaran untuk Palestin di kampus-kampus seluruh negara.