
ASRAMA MUALLAF SIAP DIBINA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 June, 2025
Alhamdulillah, Asrama Muallaf Muslim Care Malaysia (MCM) di Phom Thmy, Kemboja kini telah siap dibina 100%.
Phom Thmy terletak di wilayah Kampong Cham, antara kawasan pedalaman yang mempunyai komuniti Muslim minoriti. Dianggarkan terdapat sekitar 300 keluarga Muslim, majoritinya terdiri daripada muallaf yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Binaan asrama ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi menjadi simbol kasih sayang rakyat Malaysia terhadap saudara seakidah yang jauh di mata. Di bawah jagaan Ustaz Zahary, anak-anak muallaf kini punya tempat berteduh, belajar dan dibimbing dalam suasana yang lebih selamat dan terurus.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara."
(Surah Al-Hujurat, ayat 10)
Terima kasih kepada semua pewakaf dan penyumbang. Dengan izin Allah dan bantuan kalian, satu sinar baru menyinari bumi Phom Thmy, Kemboja.
Semoga segala amal ini menjadi bekal menuju syurga.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.