“APABILA MAYAT DIMAKAN ANJING…ITU YANG PALING MENYAKITKAN”

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 December, 2024

“Selepas lebih setahun diserang, kami kini sudah lali dengan dentuman bom, bunyi tembakan dan kematian.

“Namun, apa yang benar-benar menyakitkan kami sekarang apabila melihat mayat termasuk jasad perempuan dan kanak-kanak terbiar di jalanan, tidak diuruskan hingga dimakan anjing dan kucing.”

Demikian kata Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) Palestin, Ahmad Abu Ayesh, sambil memberitahu ketibaan musim sejuk pada masa ini menambah kesengsaraan mereka yang majoriti hanya tinggal di dalam khemah selepas rumah masing-masing musnah dibom.

Perhatian umat Islam seluruh dunia kini mungkin lebih tertumpu kepada Syria apabila rakyat negara itu akhirnya berjaya mengusir Presiden mereka yang memerintah dengan kejam selepas berjuang selama 13 tahun.

Bagaimanapun, tolong jangan abaikan Gaza kerana saudara kita di situ masih berterusan menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai tentera Zionis Israel.

Setiap hari, puluhan dan ada ketikanya ratusan orang awam terutama wanita dan kanak-kanak syahid dengan jumlah keseluruhan yang terkorban kini sudah menjangkau 45,000 orang.

Teruskan menyumbang untuk Palestin melalui pautan ini:


https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../misi-bantuan...


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia