ANUGERAH TOKOH ALUMNI SEKOLAH ALAM SHAH (ASAS) ANTARABANGSA 2023

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 February, 2023
Sekalung tahniah diucapkan kepada Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan atas penganugerahan Anugerah Tokoh Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) Antarabangsa 2023.
Sejak 2005 lagi Tuan Haji Zulkifli sangat aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Bahkan sangat peka dengan situasi semasa dalam dan luar negara.
Dalam usaha membantu orang ramai dan mahu dipermudahkan urusan, beliau selalu ingatkan kami untuk selalu menjaga hubungan dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah-lah pemilik alam ini bahkan segala-galanya.
Allah berfirman:
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَآؤُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنبِيَاء بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ
“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Hal itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.”
(Surah Ali Imran 112).
Semoga dengan pengiktirafan dan penganugerahan ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang buat Muslim Care Malaysia (MCM) dalam usaha menjadi NGO yang sentiasa menyampaikan bantuan tepat pada sasaran dan tepat pada waktunya.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
 
Dikemaskini pada : 23/2/2023
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia