Anugerah Maulidur Rasul Ikon Korporat Islam 1444H/2022

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 October, 2022
Seluruh warga Muslim Care Malaysia Society (MCM) mengucapkan jutaan tahniah kepada YBhg Dato' Mohd Kay Ibrahim atas penganugerahan Anugerah Maulidur Rasul Ikon Korporat Islam 1444H/2022.
 
Dato' Mohd Khay Ibrahim, jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru, antara kampung yang masih wujud di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan Kumpulan ZIKAY Group Berhad iaitu sebuah entiti Bumiputera yang mengkhusus dalam pelbagai struktur ekonomi dan perniagaan yang berpusat di tengah-tengah Kuala Lumpur ini juga merupakan antara dermawan yang banyak menyumbang kepada masyarakat melalui yayasan beliau.
 
Kejayaan beliau memiliki sebuah hotel bertaraf 4 bintang di tengah kota Kuala Lumpur juga adalah sesuatu yang sangat membanggakan umat Islam.
 
 
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِيَّ، الْغَنِيَّ، الْخَفِيَّ
Dari Sa'ad bin Abi Waqqash RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang bertakwa, yang kaya dan tersembunyi (tidak dilihat oleh banyak orang)."
(HR Muslim)
 
 
Sesungguhnya kejayaan beliau sangat baik untuk dijadikan inspirasi buat kita semua terutama Muslim. Semoga lebih ramai mukmin kaya yang berjaya dan berhati mulia.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia