
ANAK YATIM TURUT DISANTUNI (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
30 July, 2025
Dalam rangka Misi Kembara Dakwah Aceh sempena 20 tahun Muslim Care Malaysia (MCM), pasukan MCM bersama pasukan KPTM telah berpeluang menyantuni seramai 22 orang anak-anak yatim.
Sumbangan berupa pek makanan telah disampaikan sebagai tanda kasih, di samping penganjuran aktiviti simulasi menjaga kebersihan diri seperti cara menggosok gigi dan mencuci tangan.
Bagi waris anak-anak yang hadir, turut dibuka kaunter pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu usaha pencegahan awal demi kesejahteraan mereka.
Firman Allah SWT:
“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak yatim. Katakanlah, memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”
(Surah Al-Baqarah: 220)
Moga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.