ANAK MUDA MASA HADAPAN NEGARA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 November, 2022
Komputer riba boleh dikatakan sebagai satu keperluan penting bagi setiap anak muda yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Banyak tugasan, projek dan kerja khusus dapat disiapkan dengan lebih cepat dan efisien dengan adanya komputer riba.
Namun malangnya, harga untuk sebuah komputer riba boleh dikatakan agak tinggi dan tidak semua mampu untuk memilikinya.
 
Muslim Care Malaysia Society(MCM) telah menziarahi salah seorang pelajar IPT yang tinggal di Kuala Kedah baru-baru ini. Semasa sesi ziarah, kami telah menyerahkan sumbangan berbentuk komputer riba untuk kegunaan pelajar tersebut.
 
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW bersabda,
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh.
(Hadith Riwayat Tobarani)
 
Besar harapan kami untuk melihat pelajar ini berjaya dan kembali menyumbang kepada masyarakat suatu hari nanti.
Insya-Allah.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia