ANAK GURU SYAHID DI GAZA DIRAIKAN (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 April, 2026
Muslim Care Malaysia-Palestin bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Rafah mengadakan satu majlis untuk meraikan anak-anak syuhada daripada kalangan warga pendidikan di Gaza.
Program ini diadakan khusus untuk mengenang jasa para guru yang telah syahid sejak bermulanya Taufan Al-Aqsa. Mereka bukan pejuang di medan perang, tidak mengangkat senjata, namun tetap gugur sebagai wira, mendidik generasi dalam suasana penuh bahaya dan penindasan.
Dalam suasana penuh emosi, anak-anak ini diraikan dengan penyediaan makanan, pemberian buah tangan serta aktiviti hiburan ringan sebagai usaha mengukir senyuman di wajah mereka yang diuji kehilangan insan tersayang.
Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihan yang terpendam, serta memberi kekuatan buat mereka untuk terus melangkah dalam kehidupan.
Semoga Allah SWT merahmati seluruh guru di Gaza, dan menerima pengorbanan mereka sebagai syahid di sisi-Nya.
Muslim Care Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyumbang dan membantu menjayakan misi kemanusiaan ini.