ALUMITU ATUAS (HIDUP INI KERAS)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 June, 2023
Pulau Kalapuan ialah sebuah pulau yang didiami oleh hampir 2000 penduduk dari 65 keluarga yang majoritinya tiada warga negara (stateless). Hanya 10 orang penduduk yang memiliki kad pengenalan.
Melalui pelbagai liku kehidupan semasa yang sangat mencabar dan serba kekurangan. Anak-anak Bajau di pulau ini hanya mendapat pendidikan asas agama melalui “Rumah Ngaji” yang dibina oleh NGO dengan serba kekurangan.
Alhamdulillah di sebalik kekurangan di sudut prasarana pembelajaran terdapat dikalangan penduduk mengambil tanggunjawab mendidik anak-anak yang berhajat mengenal Allah dan syariat Islam. Terdapat seramai 194 orang pelajar dikalangan anak-anak di pulau ini yang bergilir mengaji di rumah ngaji tersebut.
Ketika relawan Muslim Care Malaysia (MCM) sampai di pulau tersebut kami agak teruja apabila sekumpulan anak-anak gadis lengkap berpakaian seragam sedang menunggu di kawasan berkumpul sebelum memulakan program bantuan.
Kami diperdengarkan beberapa lagu nasyid yang memuji Allah dan Rasul SAW. Ternyata kehadiran rombongan MCM amat dihargai dan menggembirakan penduduk sekitar pulau tersebut.
Sepanjang berada di pulau tersebut kami dapat melihat beberapa susuk tubuh yang begitu bersemangat untuk memastikan anak-anak di pulau ini mengenal Allah dan syariatNya. Antaranya Imam Naik yang berusia lebih 70 tahun tetapi masih mampu mengajar anak-anak Bajau di pulau tersebut.
Disana dapat dilihat betapa hidup mereka dipenuhi dengan kepayahan tetapi tetap mampu berinteraksi dengan tetamu dengan penuh sopan santun.
Alhamdulillah pada misi kali ini MCM telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada penduduk setempat, dana saguhati kepada 4 orang guru yang sangat gigih mendidik anak-anak bangsa mereka.
Hasil daripada misi ini Insya-Allah akan ada misi susulan yang mana MCM akan menaik taraf masjid dan rumah ngaji yang sediada bagi memberikan sedikit keselesaan kepada penduduk untuk beribadah dan anak-anak mereka menuntut ilmu.
Semoga tidak akan kedengaran lagi rungutan “Alumitu Atuas…Hidup ini keras” pada masa akan datang.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia