ALLAHYARHAM HAJI DIN PANTUN DALAM KENANGAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2025

Muslim Care Malaysia (MCM) berasa kehilangan dan amat berduka cita dengan pemergian seorang sukarelawan kami, Haji Samsudin A Rahman dari Kuang Selangor yang dijemput Ilahi pada 9 November 2025.

Dalam kalangan sukarelawan atau Heroes MCM, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang penyabar, mudah mesra, rajin dan mahir berpantun. Justeru, ada yang memanggilnya dengan nama Haji Din Pantun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun dalam suasana yang dicemburui iaitu ketika melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan - sesuatu yang sinonim dengannya..

Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika melakukan kerja gotong royong membersihkan sungai di Kampung Damai, Kuang Selangor.

Bacaan Al-Fatihah kita sedekahkan untuk Allahyarham. Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang soleh.

Berikut antara pantun ciptaan Allahyarham untuk Heroes MCM sebagai kenangan abadi.

Anak merpati masuk terowong,

Apakan daya terbang tak daya

Hajat di hati memang nak tolong,

Akan kucuba sedaya upaya.

Keris besi senjata si Jebat,

Bertapa lagi di pulau besar,

Heroes MC memangnya hebat,

Allah kan bagi ganjaran besar.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia